Inilah Penjara Paling Bebas di Dunia
San Pedro merupakan penjara terbesar di La Paz, Bolivia dengan
tahanan sebanyak 1500 orang di dalamnya. Uniknya, para tahanan di sini
memiliki sistem komuniti tersendiri sepertimana kehidupan normal di luar
penjara.
Di dalam kompleks penjara ini terdapat restoran, pasar, supermarket,
salon rambut,malah hotel yang dikelola sendiri oleh para tahanan.
Kehidupan di sini sememangnya bebas tanpa diawasi oleh pegawai penjara
dan tanpa campur tangan polis Bolivia dengan segala hal yang terjadi di
dalam penjara (kecuali jika berlaku rusuhan besar-besaran).
San Pedro memiliki sistem pemerintahan sendiri. Seorang pemimpin akan dipilih secara demokratik. Sekiranya terjadi masalah, peraturan dan hukuman yang telah ditetapkan oleh para tahanan inilah yang akan berlaku. Sehingga apabila seorang tahanan dianggap keterlaluan, maka para tahanan yang lain akan bertindak.

Namun, di dalam penjara ini, para tahanan harus membayar untuk sel
mereka, tidak kira betapa kecil atau kotornya sel yang mereka diami.
Penjara San Pedro terbahagi kepada 8 bahagian, mulai dari bahagian
paling kumuh dan kotor sehinggalah yang paling mewah. Tahanan yang
sanggup membayar mahal dapat tinggal di bahagian yang mewah.
Tidak menghairankan bagi para banduan yang kaya, sel (tanpa jeriji besi) dilengkapi dengan tandas peribadi, dapur sendiri, TV kabel, bahkan jakuzzi! Tetapi bayaran sewanya pun mahal. Tahanan yang ingin tinggal di dalam sel mewah seperti ini harus membayar sekitar USD 1000 hingga 1500 (sekitar RM 3000 – RM 4500) sepanjang masa tahanan mereka.

Seperti disebutkan sebelumnya, tanpa adanya pegawai penjara bererti
tiada makanan penjara yang percuma diberikan. Banduan di sini harus
bekerja seperti kehidupan normal. Itulah sebabnya ramai yang membuka
perniagaan sendiri seperti kedai makan, salun dan sebagainya malah ada
yang menggaji tahanan lain sebagai pekerja mereka. Gaji yang diperoleh
digunakan untuk membeli makan, membayar sewa tempat dan kegunaan
lainnya.
Tahanan di San Pedro boleh membawa anak dan isteri untuk hidup bersama. Sebuah data menunjukkan terdapat sekitar 200 anak yang tinggal dengan ayah mereka yang menjadi tahanan di dalam penjara San Pedro.

Sumber : Viva Forum
Gila Bennnnerrr
ReplyDelete